Pelumba Yamaha Maju Motor Racing Team, Nazirul Izzat Md Bahauddin, tekad menebus kekecewaan tahun lalu untuk meraih semula takhta juara kategori UB150 dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026.
Nazirul yang lebih dikenali dengan panggilan Ayoi ditemui ketika ditemui sewaktu Majlis Jamuan Hari Raya Yamaha hari ini dengan prestasi musim lalu sedikit terencat disebabkan masalah kecederaan yang dialami.
Advertisement
Kondisi fizikal dan mental terkini yang disifatkan berada di tahap terbaik menyaksikan juara ARRC UB150 edisi 2023 itu meletakkan harapan tinggi untuk kembali beraksi dengan prestasi cemerlang.
Dengan berbaki sembilan hari lagi menuju pusingan pertama perlumbaan ARRC yang akan bermula 10 hingga 12 April depan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, persiapannya berjalan lancar memasuki fasa akhir, memfokuskan aspek kecergasan diri.
"Saya harap prestasi saya lebih baik musim ini kerana saya mahu menjadi juara seperti tahun 2023. Jika ada rezeki saya akan buat yang terbaik.
"Persiapan saya pada aspek kecergasan,saya cuba turunkan berat badan. Minggu ini terakhir berlatih. Kerana perlumbaan ini sedikit sukar, saya perlu fikir strategi lebih baik untuk raih podium." katanya.