Skip to main content

Bola Sepak

Apa yang perlu tahu tentang Piala ASEAN FIFA 2026

ASEAN

Piala ASEAN FIFA 2026 membuka lembaran baharu bola sepak rantau ini apabila 14 pasukan kebangsaan bakal bersaing dalam edisi sulung kejohanan berkenaan.

Kejohanan itu membabitkan 11 negara Asia Tenggara (ASEAN) serta tiga pasukan jemputan iaitu Bangladesh, Pakistan dan Hong Kong.

Pertandingan dibahagikan kepada dua divisyen, dengan Division 1 menampilkan lapan pasukan, manakala Division 2 disertai enam pasukan.

Bagi Division 1, lapan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat pasukan. Setiap pasukan akan beraksi secara liga satu pusingan, sebelum juara kumpulan mara ke final.

Malaysia berada dalam Division 1 Kumpulan A bersama Indonesia, Singapura dan Bangladesh, sekali gus menjadikan persaingan kumpulan itu antara yang menjadi tumpuan utama.

Selain perebutan kejuaraan, format kejohanan turut menyediakan perlawanan penentuan tempat ketiga bagi dua naib juara kumpulan Division 1.

Dengan penyertaan pasukan kebangsaan dari rantau ASEAN dan pasukan jemputan, Piala ASEAN FIFA 2026 menjadi pentas baharu untuk menguji kekuatan bola sepak negara-negara terbabit di peringkat antarabangsa.

Bagi Harimau Malaya, tumpuan kini terarah kepada aksi kumpulan dan peluang untuk melangkah ke final sulung Piala ASEAN FIFA.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement