Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

ACLE: Tiada istilah takut buat JDT hadapi Al-Ahli

muniz

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, menganggap pertembungan menentang juara bertahan, Al-Ahli, dalam suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebagai aksi paling penting buat Harimau Selatan musim ini dan diibaratkan seperti satu perlawanan akhir.

Menjelang pertemuan di Jeddah, Arab Saudi malam esok, pengendali dari Sepanyol itu turut menegaskan tiada istilah takut buat pasukannya biarpun akan tampil sebagai pendatang baharu dalam pusingan akhir kejohanan itu.

Advertisement

"Kami tahu kami memiliki pemain yang bagus tetapi apa yang kami cuba yakinkan pemain kami dan saya yakin mereka akan lakukan esok ialah pertandingan mentaliti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Maksud saya, esok mungkin adalah perlawanan suku akhir tetapi bagi kami, ia adalah satu perlawanan final.

"Adalah penting untuk memberikan yang terbaik dalam setiap momen dan itulah yang akan kami lakukan.

"Ia permainan kami, ia waktu kami dan kami tahu kami akan berdepan pasukan besar tetapi kami perlu menunjukkan kemampuan kami."

Mengulas lanjut, Munoz menambah: "Kami tiada rasa takut kerana salah satu persiapan kami adalah melihat kepada kemungkinan yang mereka boleh lakukan.

"Kami sudah lama mengikuti perkembangan mereka dan tahu apa yang boleh lakukan mereka.

"Esok kami tidak perlu takut kerana kami tiada apa untuk dirugikan.

"Kami hanya akan menikmati perlawanan menentang juara edisi lalu, salah satu pasukan terbaik dunia ketika ini. Kami hanya mahu menunjukkan karakter kami."

"Bola Sepak","Liga Juara-Juara Asia","ACLE","Al-Ahli","JDT","Johor Darul Ta'zim FC"

Must Watch Video