Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) empat kali tanpa henti, Arif Aiman Hanapi, menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), hari ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua jurulatih, Xisco Munoz, dalam satu sidang media praperlawanan di Australia, semalam.
Advertisement
Malah, laporan di media sosial juga berkongsi berita sama, sekali gus menjawab persoalan peminat tempatan.
Difahamkan, permata Malaysia itu sedang menerima rawatan, termasuk proses pemulihan daripada kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bertemu Nepal di Bukit Jalil, baru-baru ini.
🏥 ABSENCE IN MELBOURNE!!!
Xisco Muñoz also confirmed that JDT will be without Arif Aiman, winger who is still recovering from the injury sustained during Malaysia national team duty.
📷 : Jayden Seah/SNE-Photo#ACLElite #MCYvJDT #JDT #ArifAiman#SNESports#LifeTelco pic.twitter.com/p7gewvgiU6— SNE Sports (@SNE_Sports) November 24, 2025
Terdahulu, bintang berusia 23 tahun itu turut terlepas perlawanan tatkala Harimau Selatan menumpaskan Melaka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam saingan Liga Super, Jumaat lalu.
Berdasarkan kemas kini transfermarkt, ini merupakan kali pertama Arif Aiman tidak bermain dalam kancah tertinggi Asia itu bersama JDT sejak penjenamaan semula diperkenalkan menggantikan Piala AFC.
JDT tampak menghadapi kesukaran, namun Xisco Munoz dan para pemain kekal positif bagi memastikan tiga mata penuh berjaya dibawa pulang.
Wakil negara itu akan menentang tuan rumah, Melbourne City, pada pukul 3.30 petang waktu tempatan, hari ini.

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!