Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Ia bukan sekadar satu gol -- jurulatih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

munoz

Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, gembira apabila pasukannya melangkah ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan menewaskan kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe, 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Dalam perlawnanan itu, Marcos Guilheme muncul wira Harimau Selatan dengan jaringan kemenangannya pada minit ke-73 tetapi bagi Munoz, keputusan itu tidak mencerminkan prestasi sebenar pasukannya.

Advertisement

Ini kerana JDT membuktikan mereka pasukan yang lebih baik dengan siri percubaan ke gawang lawan, bahkan dua jaringan mereka turut dibatalkan sepanjang perlawanan itu.

"Ia bukan sekadar 1-0, kami juga mencipta beberapa peluang dan dua gol yang dibatalkan," katanya selepas perlawanan itu.

"Ia sesuatu yang positif dan jika kami terus bekerja keras, kami perlu memiliki impian yang besar."

 

Must Watch Video