Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Bola sepak memang seperti itu, mungkin dalam aksi akan datang -- Arif Aiman

ff
Advertisement

Beban menyarung jersi nombor 10 tampak hanya mitos buat bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, yang menegaskan perubahan peranan di atas padang mempengaruhi prestasi semasanya.

Arif masih mampamerkan aksi bertenaga menerusi gerakan berbahaya dan peluang mencipta jaringan, namun sentuhan penyudah masih belum memihak kepadanya.

Advertisement

Buktinya, sumbangan Arif mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MVP) ketika JDT menewaskan wakil Thailand, Port 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) meskipun tidak mencetak gol.

"Bola sepak memang begitu, ada prestasi turun naik dan itu perkara biasa. Saya beraksi di peringkat tertinggi saya perlu cuba beraksi di posisi lain.

Advertisement

"Untuk mendapatkan cabaran, sebelum ini saya di posisi kanan dan sekarang di posisi nombor 10. Ia cabaran buat saya. Saya akan cuba sampai saya berjaya.

"Walaupun saya tidak jaringkan gol hari ini (semalam) mungkin dalam aksi akan datang atau suatu hari nanti akan berjaya (jaringkan gol)." katanya.

Statistik semasa turut menyaksikan Arif lebih menyerlah sebagai pencetus jaringan dengan merekodkan 12 bantuan gol berbanding tiga jaringan daripada 12 penampilan setakat ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video