Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Tiada ruang untuk sebarang kesilapan, kata Pan-gon

j

Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, menegaskan tiada ruang buat barisannya melakukan kesilapan sekiranya mereka mahu tampil cemerlang berdepan Buriram United untuk perebutan Piala Shopee Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) 2025/2026, malam esok.

Menjelang pertemuan final pertama di Stadium MBPJ esok, anak buahnya berdepan misi untuk mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke laman lawan bagi aksi timbal balik pada Rabu depan.

Ujar Pan-gon, Gergasi Merah berada dalam keadaan terbaik ketika ini, sama ada daripada segi mental mahupun fizikal.

"Analisa kami berjalan lancar daripada segi individu mahupun pasukan.

"Persiapan kami juga baik seperti biasa untuk menghadapi Buriram dan memperbaiki persembahan, harap esok kami boleh berikan aksi terbaik," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

 

 

 

Bekas pengendali Harimau Malaya itu turut menyifatkan kelab dari Thailand itu sebagai sebuah lawan yang sukar, namun percaya barisannya sudah sedia menghadapi cabaran juara bertahan tersebut.

Pan-gon turut memasang impian untuk menamatkan saingan musim ini dengan nota kejayaan menghadiahkan trofi kejuaraan kepada The Red Giants.

"Kami teruja dan dalam masa sama agak tegang.

"Kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Sejauh mana kami kurang kesilapan dan manfaatkan kesilapan mereka adalah penting.

"Kami perlu fokus dan beraksi kemas untuk memberi tekanan kepada mereka melakukan kesilapan," katanya. 
 

Must Watch Video