Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Saya gembira jaring 42 gol, paling penting Selangor ke final -- Chrigor Moraes

dzdz

Penyerang berbisa Selangor, Chrigor Moraes, berasakan kerja keras yang diberikan pasukan akhirnya terbalas selepas dua jaringannya memacu The Red Giants menewaskan Nam Dinh 2-0 sekali gus mara ke final ACC Shopee Cup 2025/26 sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor melakar kemenangan 4-1 secara agregat, selepas kemenangan tipis 2-1 yang dilakar di laman sendiri minggu lalu.

Advertisement

Untu rekod, penyerang kelahiran Brazil berusia 25 tahun itu telah meledak 42 secara keseluruhan dalam semua kejohanan dalam musim pertamanya bersama skuad Gergasi Merah.

 

 

 

"Selamat malam semua, saya gembira untuk 42 gol ini, tetapi perkara paling penting adalah kami (Selangor) mara ke final, kami sangat bekerja keras dalam Latihan setiap minggu untuk sampai ke sini.

"Ini malam yang magis, sekarang kami ada satu aksi lagi untuk pentas akhir, kami sangat gembira. Terima kasih buat pasukan penyokong." katanya.

Must Watch Video