Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Karuna Chidchob padam label Stadium MBPJ sebagai usang

j

Naib Presiden Buriram United, Karuna Chidchob, kembali mengundang perhatian peminat bola sepak apabila memperlekehkan gelanggang keramat Selangor, Stadium MBPJ.

Dalam satu hantaran di laman sosial yang kemudiannya dipadamkan, Karuna bergambar di samping presiden Buriram, Newin Chidchob -- dengan kerusi yang diduduki di atas padang -- menyifatkan stadium di Kelana Jaya itu sebagai usang ketika menyaksikan sesi latihan pasukan tersebut.

Namun, hantaran itu dipadamkan tidak lama kemudian setelah Karuna menerima maklumat mengenai Stadium MBPJ dan memohon maaf kepada penyokong atas tindakannya itu.

Kelab Thailand itu akan bertandang ke Petaling Jaya untuk misi mempertahankan gelaran Piala Shopee Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN (ACC), esok.

 

 

 

 

 

Must Watch Video