Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Buriram United tak gentar terpaksa rombak kesebelasan

j

“Status juara bertahan tidak memberi apa-apa jaminan, kami hanya mahu fokus kepada perlawanan dan tampil dengan aksi terbaik.”

Amaran awal itu diluahkan ketua jurulatih Buriram United, Mark Jackson, menjelang aksi final pertama Piala Shopee Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) menentang Selangor di Stadium MBPJ.

Buriram dilihat tidak mahu memandang rendah keupayaan Selangor dengan mereka sedar sokongan padu penyokong The Red Giants pasti menjadi tonik tambahan buat pasukan tuan rumah.

 

 

 

Dalam pada itu, meskipun turun tanpa dua tonggak utama, Guilherme Bissoli dan Goran Causic, pengendali Inggeris tersebut yakin dengan kekuatan skuad sedia ada dengan menganggap aksi pada rabu bukan berkisar tentang pertarungan fizikal sahaja, dengan disiplin taktikal dan ketahanan mental jadi aspek yang juga perlu diberi perhatian.

"Kami telah membentuk pasukan yang berkemampuan menukar formasi dan corak permainan di pertengahan perlawanan untuk menyesuaikan dengan keadaan adalah suatu perkara yang sukar.

"Meskipun telah mengharungi jadual perlawanan, kami berada di kedudukan terbaik untuk meraih keputusan positif perlawanan esok," katanya. 

Must Watch Video