Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: BG Pathum waspada ketajaman jentera serangan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel

Ketua jurulatih BG Pathum United, Masatada Ishii, mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang isu kecederaan, serta penggantungan menjelang perlawanan berdepan Selangor dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26, esok.

Keadaan itu membolehkan jurulatih berusia 59 tahun itu mempertaruhkan barisan terkuat ketika turun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya nanti.

Advertisement

Dia turut sedar hanya kemenangan yang diperlukan skuad 'The Rabbits', pengendali kelahiran Jepun itu percaya anak buahnya sudah siap sedia bagi merealisasikan misi tiga mata untuk mara ke pusingan seterusnya.

 

 

 

"Perlawanan yang penting, kami memerlukan tiga mata untuk kami layak ke pusingan seterusnya. Saya menjangkakan pemain akan berikan aksi terbaik mereka esok.

"Kami bertuah kerana tiada pemain yang digantung mahupun cedera, ia memudahkan untuk memilih skuad terbaik nanti.

"Selangir memiliki jentera serangan yang baik, begitu juga di bahagian pertahanan. Ia sesuatu yang kami perlu berhati-hati esok." katanya.
 

Must Watch Video