Cristiano Ronaldo sangat dikenali, bukan sahaja kerana rupa tampan dan kredibilitinya semasa berada di atas padang tetapi aura, lifestyle dan sejarah kehidupannya sendiri menyaksikan dia muncul pemain yang paling diikuti dan dikenali, mengatasi selebriti hiburan dan tokoh dunia lain meliputi semua golongan umur.
Konsistensi -- dengan kejayaan di setiap liga utama yang disertainya, sekali gus memegang rekod penting termasuk penjaring terbanyak antarabangsa menjawab kepada persoalan mengapa dia begitu dikagumi.
Advertisement
Ronaldo mempengaruhi ramai melalui gaya hidup profesional dan disiplin diri. Rutin latihan, penjagaan tubuh badan dan fokus mentalnya sering dikongsi di media sosial, menjadikan akaun Instagram bukan sekadar hiburan tetapi sumber motivasi.
Termasuklah perkongsian kehidupan dibina bersama pasangannya Georgina Rodriguez yang turut memainkan peranan penting dan menjadi tulang belakang Ronaldo sendiri, lebih-lebih lagi dalam menguruskan anak-anak mereka bersama menjadikan mereka ‘couple goal’.
Dan dalam pada kesibukan seseorang yang bernama Ronaldo, menurut perkongsian di media sosial juga menunjukkan dia sering terlibat dengan kehidupan anak-anaknya sekaligus menekankan nilai disiplin dan contoh keseimbangan karier, juga kasih sayang keluarga.