Kejayaan Terbuka Indonesia semalam menyaksikan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang memenangi dua gelaran super 1000 dalam Jelajah Dunia BWF.
Setelah menawan super 1000 sulung mereka menerusi Terbuka China 2024, sebelum mencipta sejarah di Istora Senayan dengan menjinakkan wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, dalam satu kebangkitan epik yang berkesudahan 13-21, 21-18, 21-10.
Lee Zii Jia sebelum ini merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah memenangi gelaran super 1000 menerusi kemenangan dalam All-England 2021.
Walaupun Datuk Seri Lee Chong Wei pernah memenangi banyak kejohanan di peringkat ini tetapi ia dalam era siri super, sebelum pengenalan Jelajah Dunia pada 2018.
Memenangi Terbuka Indonesia juga menunjukkan ketahanan Fei-Din yang mengharungi ke-17 dalam tempoh sebulan.
Bertanding dalam empat acara berturut-turut tidak mengurangkan kualiti gandingan itu yang menyaksikan mereka meniti laluan ke separuh akhir Terbuka Thailand (super 500) pada 16 Mei, sebelum mara ke perlawanan akhir Malaysia Masters (super 500) seminggu kemudian.
Mereka terus bermain dengan baik dan mara ke suku akhir Terbuka Singapura (Super 750), sebelum meraih super 1000 di Indonesia.
Ini gelaran kedua beregu nombor lapan dunia itu di Indonesia tahun ini setelah turut memenangi gelaran Indonesia Masters pada Januari lalu.
Kejayaan dijangka akan melonjakkan mereka ke tangga keenam ranking dunia.