Skip to main content

Bola Jaring

Perth jadi persiapan pasukan bola jaring negara menjelang misi kelayakan Piala Dunia

bola jaring

Kejohanan Asia 2026 di Hong Kong pada Ogos ini bakal menjadi pentas penting buat skuad bola jaring negara apabila bukan sahaja menawarkan gelaran Asia, malah turut menjadi kejohanan kelayakan ke Piala Dunia 2027 di Sydney, Australia.

Sebagai persediaan menghadapi cabaran tersebut, skuad negara kini menjalani siri latihan dan aksi pendedahan di Perth, Australia dalam usaha memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan.

Dalam edisi lalu pada 2024, Malaysia hanya menamatkan Kejohanan Asia di Bengaluru India di tempat ketiga tetapi mendapat keyakinan tersendiri apabila berjaya cipta kejutan menewaskan pilihan utama, Singapura untuk meraih emas Sukan SEA 2025. Momentum itu turut diperkukuhkan menerusi saingan Netball Super League (NSL) yang baru sahaja melabuhkan tirai, dengan peningkatan kualiti permainan dan persaingan yang lebih kompetitif.

Namun, laluan ke Piala Dunia bukan tugas mudah apabila beberapa negara terbaik Asia turut memburu slot ke Sydney. Justeru, setiap sesi latihan dan perlawanan pendedahan menjadi peluang penting untuk memperkemaskan kombinasi pasukan yang terdiri daripada gabungan beberapa pemain berpengalaman dan tenaga baharu dalam skuad.

Kem latihan di Perth diharap dapat menjadi nilai tambah lagi kepada keadaan prestasi dan kecergasan atlit ketika ini sekaligus membantu Malaysia untuk merealisasikan impian kembali beraksi di pentas Piala Dunia 2027.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video