Kontrak sehingga musim panas 2032 dan gaji bulanan boleh melonjak sehingga €10 juta -- Lain macam janji manis Barcelona kepada bintang terkemuka, Lamine Yamal, sebagai menghargai sumbangan cemerlangnya dalam membantu kelab Catalan itu mengumpul trofi musim lalu.
Butiran penuh perjanjian lumayan itu telah didedahkan penerbitan Perancis, L'Équipe, yang menyaksikan Lamine Yamal memperoleh bayaran €1.33 juta sebulan, bersamaan lebih €16 juta setahun sebelum cukai -- meninggalkannya dengan kira-kira 10 juta bersih setahun.
Advertisement
Bayaran itu belum cukup gila, Barcelona juga mencabar Lamine Yamal untuk terus menyerlah dengan penawaran insentif berasaskan prestasi. Jika bonus kerana memenangi trofi dianggap biasa, Barcelona juga berjanji untuk ganjaran lumayan sekiranya pemain sayap berusia 18 tahun itu berjaya memperoleh anugerah individu utama, termasuk Ballon d’Or.
Ini menyaksikan kiraan matematik yang dilakukan mendapati, sekiranya Lamine Yamal mampu memenuhi kesemua kriteria yang dinyatakan dalam kontrak baharunya itu, gajinya boleh melonjak kepada €10 juta sebulan - bukan setahun seperti jumlah yang dia peroleh buat masa ini.
Memang betul-betul cepumas!