Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Zulkarnain yakin kemampuan atlet One Silat

26416megatzulkarnain.jpg
Presiden One Silat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menaruh keyakinan tinggi kemampuan peserta kejohanan itu untuk dibawa ke peringkat lebih besar seperti saingan Kejohanan Pertempuran Muktamad (UFC) di Amerika Syarikat.

Keupayaan serta populariti One Silat semakin mendapat tempat dengan keunikan serta daya tarikan tersendiri sukan tempur yang turut dicampuri elemen tradisional.

Menurut Zulkarnain, pihaknya mempunyai perancangan untuk membawa atlet One Silat ke Amerika Syarikat dengan saingan UFC menjadi tumpuan tetapi perkara itu masih pada peringkat awal.

"One Silat menjadi bualan dalam dunia seni mempertahankan diri di mana ia dibawa ke peringkat sebegini profesional," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media pengumuman final One Silat di Kuala Lumpur.

Ia bakal menyaksikan lima pertarungan kejuaraan serta tiga pertarungan cabaran ranger di Stadium Badminton Cheras, 1 April nanti. 

Tiga wakil negara akan membawa cabaran iaitu Dhiaaul Amal, Muhammad Arif Izzuddin serta Asuad Khalid.

Bagi Dhiaaul, dia sudah bersedia untuk menghadapi pertarungan paling besar dalam kariernya dengan aksi bantamweight berdepan Isroiljov Rasulov dari Uzbekistan.

"Persediaan kami memang terbaik tetapi saya strategi saya lebih kepada kedudukan. Saya juga banyak mendapat banyak bantuan daripada kawan-kawan," katanya.

Siapa yang mampu meraih kejuaraan One Silat 2017? Saksikan secara langsung pusingan akhir kejohanan itu menerusi Astro Arena saluran 802 dan 801 pada 1 April, jam 8.30 malam.
 

Advertisement

Must Watch Video