Skip to main content

Sukan Asia

Ziyad yakin capai prestasi terbaik

ziyad-zolkefli.jpg
Jaguh Paralimpik negara, Ziyad Zolkefli, menganggap dia belum kesuntukan masa untuk mencapai tahap terbaik menjelang Sukan Para Asia di Indonesia, Oktober depan.

Selepas misi untuk layak ke Sukan Asia Jakarta-Palembang tidak menjadi kenyataan, Ziyad kini memberi tumpuan penuh kepada saingan Sukan Para Asia.

Sasaran utamanya sudah pasti ingin memecahkan rekod dunia miliknya, iaitu 17.29 meter, yang dilakukannya dalam Kejohanan Dunia tahun lalu.

Dengan baki tempoh persiapan yang ada, Ziyad percaya dia mampu mengatasi catatan berkenaan dalam Sukan Para Asia nanti.

"Saya ingin memperbaharui rekod peribadi kepada 17.34m.

"Insya-Allah ia boleh dicapai kerana saya masih mempunyai tempoh beberapa bulan lagi dan saya berasakan sempat untuk mencapai prestasi yang optimum, " katanya. 

Tidak dinafikan, Ziyad bergelut dengan prestasinya susulan kecederaan belakang yang dialaminya semasa pembabitannya dalam Kejohanan IPC Dubai, Februari lalu.

Kejohanan Terbuka Melaka akan bermula esok sebelum Ziyad kembali ke Leipzig, Jerman, selama sebulan untuk latihan intensif bagi menghadapi Sukan Para Asia.

"Saya tetap fokus, melakukan yang terbaik dalam sesi latihan untuk mencapai impian," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video