Skip to main content

Sukan Lain

Ziyad lega mulakan 2024 dalam kondisi terbaik ke Paralimpik Paris

ziyad.jpg
Paralimpian lontar peluru negara, Ziyad Zulkifli, lega aksi pembukaan tahun 2024 catat langkah kanan sebelum menuju ke Paralimpik Paris.

Menerusi catatan 16.62 meter di kejohanan Grand Prix Dubai, ia antara pembuka tahun terbaik yang pernah di lakukan Ziyad sepanjang kariernya.

"Catatan 16.62 meter adalah pencapaian yang terbaik dalam karier, kerana sebelum ini yan terbaik untuk permulaan musim hanya 16.3 meter," katanya. 

Ziyad ke Dubai tanpa kelibat jurulatihnya, Faizol Harun, yang berhadapan masalah kesihatan mengakui ada kelainan untuk penampilan kali ini.

Ia bukan masalah besar buat Ziyad yang juga merupakan peserta paling berpengalaman, ia dibuktikan dengan kemunculan di podium utama.

"Saya tidak kekok dan faham dengan masalah kesihatan, dan ingat pesanan jurulatih untuk menikmati dengan pertandingan disertai," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video