Bekas pemanah recurve negara, Cheng Chu Sian, menjanjikan pendekatan lebih santai bersesuaian dengan peredaran zaman remaja hari ini selepas dilantik selaku chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina dari 6 hingga 18 Oktober depan.
Chu Sian sedar berdasarkan arus semasa, remaja perlu menggunakan pendekatan berlainan daripada zamannya bergelar atlet.
Dia akan cuba menggabungkan pengalamannya selain mencari sentuhan lebih dinamik bagi memantau perkembangan atlet yang terpilih ke Buenos Aires.
Baginya, ia satu suasana cukup berbeza sebagai atlet pada hari ini, namun dia sedia memikul tanggungjawab selaku CDM.
"Sudah tentu zaman sudah lain. Pendekatannya juga perlu berbeza. Perlu mendekati dengan cara berkawan. Saya akan memberikan semangat kepada atlet yang akan menyertai temasya itu," katanya.
Masih terkejut dengan pemilihannya, Chu Sian menjelaskan dia belum menerima secara terperinci mengenai pelantikannya.
Namun, dia yang kini berkhidmat bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yakin majikannya itu tidak ada sebarang masalah untuk memberi pelepasan.
"Buat masa ini, tiada lagi hitam putih. Kalau sudah ada nanti, saya boleh bercakap.
"Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengeluarkannya dan selepas itu baru bincang secara lanjut," ujarnya.