Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Zaidatul, Jonathan sedia uji kemampuan

zaidatul-husniah.jpg
Dua pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Jonathan Nyepa, akan melalui ujian pertama di Amerika Syarikat (AS) dalam Kejohanan Florida Relays di Gainesville, Khamis ini.

Zaidatul dan Jonathan sudah hampir sebulan menjalani latihan di Atlanta, AS.

Ia merupakan sebahagian daripada program latihan pusat di bawah kendalian bekas juara dunia, Dwight Phillips, dan mereka sudah mula menunjukkan peningkatan daripada sudut teknikal dan catatan masa.

Justeru, mereka sudah bersedia untuk menguji kemampuan di Gainesville minggu depan.

Zaidatul dan Jonathan kini dalam persiapan untuk melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, September depan.

"Kami masih dalam proses penukaran teknik larian dan banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk mengejar catatan 11.05 saat," kata Zaidatul.

"Kami akan menghadapi satu kejohanan di Florida minggu depan dan saya menyasarkan untuk mengekalkan catatan masa terbaik memandangkan saya kini masih dalam proses penyesuaian diri dengan sistem latihan di sini," kata Jonathan.

Advertisement

Must Watch Video