BERBASIKAL
YSD Track Series lahirkan ramai bakat baru
Selepas 14 siri dijalankan, akhirnya Grand Finale Siri Trek YSD akan membuka tirainya Sabtu ini.
Perkara menarik kita boleh saksikan di saingan endurance wanita elit, di mana jurulatih berbasikal kebangsaan endurance, Adiq Husainie Othman, menjangkakan persembahan sengit akan terjadi dalam merebut gelaran juara keseluruhan kategori itu.
Adiq Husainie Othman menjangkakan aksi sengit dalam merebut gelaran juara Endurance Wanita Elit!??✨#YSDTrackSeries #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/MYlAsK91Yx— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 18, 2024
Persaingan antara anak buah Adiq sendiri iaitu Ci Hui Nyo yang ketika ini sudah kutip 153 mata, akan berentap dengan wakil Singapura, Valencia Tan dengan 135 mata.
Iklan
Sementara itu, Adiq menambah bahawa siri trek YSG kali ini antara yang berjaya melahirkan lebih banyak bakat-bakat baru kategori wanita.
Ini apabila bekas pelumba terbaik asia di Le Tour de Langkawi 2016 itu terkejut akan perbezaan penyertaan atlet wanita tahun ini berbanding 2023.
Must-Watch Video