Pelumba trek negara, Ishak Alwi, yang kakinya dipotong adalah antara 1,456 bekas atlet yang menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sejak 2012.
Realitinya, badan itu hampir ditutup Ogos tahun lalu, apabila dana Yakeb hanya berbaki RM26,000.
Kerajaan tidak menyalurkan sebarang bantuan pada 2018 dan dalam masa yang sama, Yakeb memerlukan sekurang-kurangnya RM2 juta setahun untuk beroperasi.
Sejak 2012, jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan mencecah RM12.7 juta tetapi bantuannya tidak konsisten.
Kerajaan tidak menyalurkan dana pada 2013 dan 2018. Kesannya akan lebih terasa buat bekas atlet yang menghidap penyakit kronik pada usia emas.
"Memang terasa sukar kerana sebelah kaki sudah tiada, semua pergerakan terbatas.
"Orang rumah dan adik ipar yang sering membantu saya, termasuk persediaan untuk menjual nasi lemak.
"Walaupun mendapat bantuan kaki palsu, ia tidak boleh digunakan kerana tapaknya boleh membuatkan kaki saya melecet.
"Buat masa ini, saya berkerusi roda," kata bekas jaguh basikal trek negara, Ishak, yang menerima bantuan sejak 2015.
Secara purata, Ishak, 53, meraih keuntungan sekitar RM200 sehari. Itu belum ditolak cuti berniaga apabila dia perlu menerima rawatan dan jumlah itu tidak mencukupi untuk rawatan penyakit kencing manisnya.
Ishak hanya seorang daripada jumlah keseluruhan hampir 3,000 ahli Yakeb.
Tindakan drastik perlu diambil dengan langkah pertamanya, satu tabung khas diwujudkan.
Sebanyak 500 tabung wira sukan negara akan diletakkan di restoran sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia.
Sasarannya ialah untuk mengumpul RM100,000 sebulan.