Pengerusi baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed, merancang untuk menubuhkan tabung Yakeb, 21 Mac ini, dengan sasaran untuk menambah pendapatan sebanyak RM2 juta.
Yakeb mahu menggunakan pendekatan itu sebagai alternatif kepada apa yang berlaku akhir tahun lalu yang menyaksikan Yakeb hampir ditutup kerana berdepan masalah kewangan.
Mereka kemudian mampu menghela nafas lega kerana menerima bantuan RM3 juta daripada kerajaan bagi meringankan beban seramai 3,000 ahli Yakeb, khususnya membabitkan isu kesihatan selepas persaraan.
Dalam sidang media di Bukit Kiara hari ini, Noorul Ariffin mengumumkan perancangan untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha restoran bagi memberi peluang kepada bekas atlet untuk menjalankan perniagaan.
Ia salah satu cara Yakeb untuk menjana pendapatan sebanyak RM2j lagi bagi menampung keseluruhan operasi bernilai RM5j tahun ini.
Dalam masa sama, Noorul Ariffin mendedahkan akan bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Putrajaya esok bagi mengusulkan beberapa nama yang akan memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Yakeb dengan keutamaankepada bekas pengerusi Yakeb, Azlan Iskandar (bekas atlet skuasy) serta Datuk Malek Noor (bekas jaguh bina badan).
Ikuti perkembangan lanjut dalam edisi Nadi Arena yang seterusnya.