Projek Ramadan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dengan kerjasama Astro Arena kali ini bertandang ke Sungai Sekamat, Kajang untuk berkongsi rezeki bersama bekas atlet boling padang para negara, Halimah Hassan.
Bekas atlet itu hidup dalam kesederhanaan bersama suaminya yang terlantar selepas terbabit dalam kecelakaan motosikal sebelum ini.
"Saya hidup serba kekurangan, walaupun kita kekurangan upaya tetapi kita tak semestinya perlu menyerah dan perlu sentiasa bersemangat untuk diri sendiri." katanya.
Presiden Yakeb, Datuk Noorul Abdul Majeed, berasakan alternatif yang diambil oleh Halimah Hassan wajar dijadikan contoh buat para atlet lain dalam mencari mata pencarian sebagai pendapatan sampingan untuk meneruskan kehidupan.
"Kami di YAKEB melihat usaha Halimah Hassan sebagai satu contoh buat semua bekas atlet lain terutama kekurangan upaya kerana mempunyai inisiatif lain untuk meneruskan kehidupan.
"Dia bukan sahaja menjadikan menjahit pakaian sebagai mata pencarian sebagai juga menjual arca buah. Saya berharap orang ramai perlu membantu dengan menjual produk dia." katanya.