“Tak perlu ikut cara Arif Aiman Hanapi, dekatkan dengan Bergson Da Silva.”
Itu nasihat bekas jurulatih Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah, kepada Daniesh Amirruddin yang kini dicanang sebagai wonderkid baharu malaysia susulan prestasi memukau bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Daniesh cetus sensasi apabila meledak dua gol dalam tempoh 10 minit ketika membantu Harimau Selatan membelasah kelab Kemboja, PKR Svay Rieng, 6-0 dalam Piala Shopee Khamis lalu.
Sensasi penyerang berusia 20 tahun itu sudah cukup untuk meletakkan dirinya di bawah radar pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, yang membayangkan Daniesh sebagai aset masa depan negara.
"Bukan kata dia tak boleh beraksi di sebelah kiri tapi apa yang dimilikinya sesuatu yang boleh menjadi titik tolak kepada setiap pasukan.
"Walaupun kita ingin lihat dia setanding Arif Aiman, tapi dia tidak perlu ikut Arif Aiman.
"Ikut kepada kelebihannya dan cuba timba sebanyak mungkin pengalaman daripada Bergson yang sudah berumur 35 tahun.
"Dan dari situ dia akan bertambah matang dalam masa terdekat," kata Yusri.