Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed, mengumumkan penubuhan tabung khas yang akan dilancarkan 21 Mac ini bagi mengelak
kebergantungan sepenuhnya kepada dana kerajaan.
Buat kali pertama, Yakeb akan melancarkan tabung khas bagi menampung kos perubatan bekas atlet negara.
Sasaran utamanya ialah mengumpul RM2 juta setahun selepas kerajaan meluluskan dana RM3 juta, minggu lalu.
"Kami akan melancarkan tabung khas menerusi kerjasama dengan pengusaha restoran bermula di Lembah Klang terlebih dahulu," katanya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan Yakeb pada 2008 bagi menjaga kebajikan bekas atlet negara.
Bagaimanapun, Yakeb berdepan masalah kewangan serius tahun lalu hingga hampir ditutup.
Noorul Ariffin akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, esok untuk mengusulkan calon ahli lembaga pengarah.
Antara dicalonkan, empat bekas pengerusi dan ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, yang pernah dikaitkan selaku calon pengerusi baru.
"Yakeb sentiasa memiliki perancangan untuk mengumpul dana bagi membantu bekas atlet kebangsaan," kata bekas pemain hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi.
"Yakeb telah melakukan yang terbaik dan saluran dana akan meningkatkan lagi usaha mereka bagi menjaga kebajikan atlet serta bekas atlet," kata bekas atlet olahraga negara, Datuk M. Rajamani.