Skip to main content

Sukan Lain

Wushu: KPT mahu pulihkan hubungan dengan persatuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wushu.jpg
Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli, terkejut dengan kenyataan Presiden Persatuan Wushu Malaysia (PWM), Datuk Chong Kim Fatt, yang bertindak memutuskan hubungan dengan KPT secara mutlak.

Semalam, PWM mengambil tindakan drastik mengundurkan diri selepas 11 tahun bekerjasama dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi (SS-BPS-KPT).

Begitupun, Pekan mengakui bahawa sukan wushu agak kurang diberi tumpuan daripada segi pembangunan di peringkat KPT berikutan kurangnya atlet yang bertanding di peringkat itu. 

"Memang kami tiada pembangunan wushu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebab atletnya terlalu sedikit. 

"Kami bagi mereka jalan untuk mewakili negara menerusi Sukan Universiti ASEAN, Sukan Universiti Dunia (Universiade) dan kalau menang pun, kami tidak anggap bahawa kamilah yang membentuk seseorang atlet. itu. 

"Di peringkat IPT bukan sahaja kepada peluang menyertai pertandingan malah memberi nilai tambah kepada atlet," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Berhubung insiden sebegini, pihaknya terbuka untuk berbincang bersama PWM serta berazam menambah baik sukan di peringkat KPT termasuk mengadakan bedah siasat. 

"Kami akan perkemaskan lagi hubungan dengan persatuan," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video