Jurulatih wushu negara, Lim Yiew Fai, mempertahankan tindakan membawa ramai atlet muda ke Sukan Asia Indonesia yang menyaksikan beberapa harapan utama gagal menyumbang pingat.
Ia selepas faktor pengalaman memisahkan Tan Cheong Min dengan pemenang pingat acara nanquan/ nandao di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini.
Wushu masih kemarau pingat selepas menamatkan hari kedua di mana beberapa atlet muda yang disandarkan pingat gagal menepati ramalan, termasuk Cheong Min dalam acara nanquan/nandao.
Cheong Min, yang beraksi pada hari ulang tahun kelahiran ke-20, melakukan kesilapan kecil untuk meraih 9.44 mata, sekali gus mengumpul 19.15 mata dan berada di tangga keempat keseluruhan.
"Sukan Asia bukan semudah kejohanan biasa mahupun Sukan SEA.
"Sukan Asia menuntut peserta untuk bertanding dalam dua acara sebelum markah keseluruhan dinilai.
"Bukan mudah buat atlet untuk merebut pingat.
"Pemain muda seperti Cheong Min boleh mengutip pengalaman berharga di sini," kata Yiew Fai.
Begitu juga dengan Audrey Chan, yang berada di tangga ketujuh taijijian/taijiquan sementara Calvin Lee, kelapan acara nanquan menjelang aksi nangun.
"Saya juga dapat meraih pengalaman berdasarkan semangat yang ditonjolkan pesaing-pesaing saya selain melihat bagaimana melaksanakannya dengan sempurna," kata Audrey.
"Saya harap dapat meredakan perasaan gemuruh dan menikmati segala proses ini," kata Calvin.
Untuk rekod, atlet wushu paling senior yang dibawa ke Jakarta ialah Loh Jack Chang, 31 tahun.