Skip to main content

Muay Thai

Ibadah + Physical training, versi terbaru Jojo bakal tiba

Ibadah + Physical training, versi terbaru Jojo bakal tiba

Atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, yang terkandas di bumi Mekah tidak menghalang dirinya meneruskan sesi latihan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo memuat naik video dia bersenam dengan berlatarbelakangkan pemandangan malam sekitar Masjidil Haram.

Advertisement

 "Ibadah tambah latihan fizikal = 'Superhuman," kata Jojo menerusi Instagram.

"Versi terbaru Jojo bakal tiba. Alhamdullilah."
 

Terdahulu, Jojo dan keluarganya dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka ke tanah air dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.

Syarikat Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan tersebut berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan susulan serangan Iran terhadap beberapa lokasi yang dijadikan markas ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat.

Must Watch Video