Skip to main content

Sukan Asia

Wushu: Eyin tewas dalam puas

eyin.jpg
Phoon Eyin hanya sempat tidur lima jam sehari sejak tahun lalu ekoran jadual padat sebagai atlet wushu negara dan pelajar, namun pengorbanan itu hampir membuahkan pingat dalam Sukan Asia apabila meraih tangga keempat acara jianshu/ qiangshu, hari ini.

Kesibukan Eyin menguruskan masa sebagai atlet dan pelajar jelas tidak menghalangnya untuk mempamer aksi memikat dalam qiangshu.

Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mencatat 9.68 mata tetapi dikecewakan dengan kesilapan yang berlaku dalam jianshu, semalam.

Eyin terpaksa akur di tangga keempat keseluruhan menerusi kutipan 19.24 mata, ketinggalan 0.14 mata di belakang pemenang gangsa dari Vietnam.

"Sebenarnya, saya sangat gembira kerana hampir meraih pingat. Ia membuktikan bahawa saya masih memiliki ruang untuk meningkat.

"Jika anda boleh fokus ketika latihan dan belajar, ia pasti dapat diseimbangkan," kata Eyin.

Seorang lagi wakil negara, Calvin Lee, yang meraih penampilan sulung Sukan Asia menamatkan cabaran nanquan/nangun di tangga ketujuh keseluruhan selepas mengutip 9.70 mata dalam acara nangun, namun ternyata ia tidak cukup untuk menaiki podium.

"Saya rasa tempoh lebih dua tahun diperlukan untuk mendapatkan pengalaman," ujar Calvin.

Harapan pingat skuad wushu kini digalas atlet senior, Loh Jack Chang, yang akan turun dalam acara taijijian, esok.
 

Advertisement

Must Watch Video