Skip to main content

Sukan Lain

WUG: Kem olahraga yakin keberkesanan program

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

timbalan-setiausaha-kanan-perancangan-strategik-seksyen-sukan-kementerian-pendidikan-tinggi,-dr-hanafiah-ayub.jpg
Empat hari lagi sebelum Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 akan membuka tirainya, Timbalan Setiausaha Kanan Perancangan Strategik Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Hanafiah Ayub, menyahut laungan sasaran kem olahraga yang tampil dengan misi memecah rekod kebangsaan di Rhine-Ruhr, Jerman.

"Pencapaian di peringkat negara -- bermula dalam WUG -- bermula dengan baik jadi kami yakin untuk menghadapi temasya kali ini. 

"Bukan sahaja olahraga, malah saya juga mengharapkan acara lain juga buat yang terbaik," katanya. 

Sementara itu, Hanafiah berharap atlet yang terpilih dapat menimba segala pengalaman bersaing dengan atlet bertaraf dunia, sekali gus menjadi bekalan terbaik menuju ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 dengan Malaysia bertindak sebagai tuan rumah.

"Kami mempunyai Program Varsity Track and Field yang melangsungkan tiga sirkit dan satu grand final sejak tiga tahun lalu. 

"Dengan bersaing di samping olimpian, ia menjadi satu pengalaman untuk menghadapi AUG.

"Ia satu perancangan pencapaian berterusan untuk atlet selain memberi kesan kepada program negara," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video