Skip to main content

Sukan Lain

WUG: Keadaaan tubuh belum bersedia untuk dua acara serentak -- Azeem Fahmi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Hasrat untuk pelari pecut negara, Azeem Fahmi, untuk ke final acara 200 meter Sukan Universiti Dunia (WUG) tidak kesampaian apabila terpaksa akur keadaan badannya tidak begitu bersedia selepas larian berturut-turut sepanjang tiga hari ini.

Catatan masa 21.51 saat dalam separuh akhir menyaksikan pelari negara itu menamatkan saingan di tempat ketujuh, jauh dari catatan peribadi terbaiknya, 20.79s, yang dilakukannya di Florida pada April lalu.

Belum pernah menyertai dua acara dalam satu masa sejak empat tahun lalu, Azeem berasakan ia merupakan permulaan terbaik dalam misi mengungguli kedua-dua acara itu tahun depan.

"Sejujurnya, selepas larian hari ini, baru saya tahu bahawa kondisi badan saya belum bersedia untuk membawa dua acara dalam satu kejohanan" katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.

"Akan tetapi, ini merupakan persediaan yang amat baik bagi 2026 sebab sasarannya adalah untuk saya menyertai dua acara, 100m dan 200m, jadi visinya kini lebih jelas."


 

Advertisement

Must Watch Video