Atlet olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir acara 100 meter lelaki Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion awal pagi tadi.
Turun ke balapan dalam aksi saringan tujuh pusingan pertama yang berlangsung dalam keadaan hujan dan berangin, Azeem tenang mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 10.57 saat, menewaskan Joeljin Nwamadi dari Korea Selatan (10.61s) dan Nikolaos Dowhos dari Kanada (10.72s).
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu menjadi wakil tunggal negara yang mara apabila rakan sepasukan, Aliff Iman Mohd Fahmi mengakhiri saringan lima di tempat kelima dengan masa 11.09s.
Penuntut Universiti Auburn, Amerika Syarikat itu yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan masa 10.09s akan turun beraksi pada separuh akhir awal pagi esok.

Jaguh pecut Thailand, Puripol Boonson, muncul pelari terpantas pusingan pertama dengan catatan 10.23s, diikuti dua atlet Afrika Selatan, Bayanda Joy Walaza (10.27s) dan Kyle Brian Zinn (10.33s).