Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, memasang impian untuk menaiki podium dalam penampilan sulungnya menerusi Pusingan Kedua FIM Superbike World Championship 2025 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, bermula 28 hingga 30 Mac ini.
Harapan tinggi itu disuarakan selepas berdepan kekecewaan apabila gagal menyertai pusingan pertama perlumbaan ekoran masalah visa selain tidak berjaya melepasi masa kelayakan yang ditetapkan.
Sebagai persiapan, Zaqhwan kini menjalani latihan intensif di Litar Beranang Horizon bagi memperkemaskan teknik dan meningkatkan prestasi.
Mengulas mengenai tahap keserasian bersama pasukan, Zaqhwan akui dirinya masih bergelut dengan aspek komunikasi bersama ketua mekanik Petronas MIE Honda Racing Team yang berasal dari Itali.
Perbezaan bahasa dan kefahaman teknikal menjadi cabaran utama dalam menyesuaikan diri dengan jentera perlumbaan.
“Sudah semestinya saya impikan podium, apatah lagi di kejohanan dunia.
"Tetapi jika melihat situasi sekarang, secara umumnya saya melihat keadaan ini agak sukar kerana semua pelumba di sini sangat pantas dan kebanyakannya memiliki gelaran juara,” katanya.
Dia turut mendedahkan kekeliruan terhadap arahan teknikal yang diberikan, terutamanya berkaitan pelarasan jentera dan pilihan tayar, yang sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya di litar.
“Apabila saya tiba, penjelasan atau maklum balas daripada keputusan itu kurang jelas.
"Ini membuatkan saya mempersoalkan kemampuan diri dan situasi ini sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan saya untuk mengendalikan jentera dengan lebih baik,” jelasnya.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama Zaqhwan di pentas FIM Superbike World Championship (WSBK), dan dia bertekad memberikan aksi terbaik bagi membuktikan kemampuannya bersaing di peringkat dunia.