Skip to main content

Sukan Lain

Winnie akui tertekan dengan jadual hariannya

winnie.jpg
Kapten kriket wanita negara, Winifred Anne Duraisingam, mengakui terpaksa berkorban masa untuk belajar demi memartabatkan sukan kriket dan terbaru bagi Kejohanan Kriket Piala Asia Wanita (ACC) di Kinrara Oval, bulan ini.

Winifred yang mesra disapa Winnie merupakan tonggak senior skuad kriket wanita negara.

Pemain berusia 25 tahun dari Selangor ini menunjangi kejayaan pasukannya meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

Sememangnya, khidmatnya terus ditagih walaupun pada masa sama turut sibuk dengan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam bidang sains sukan dan rekreaksi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Saya pergi kelas pada waktu pagi dan selepas itu terus pergi berlatih. 

"Kalau kelas petang, saya pergi berlatih pada pagi. Di situ agak tertekan dan penat. Tetapi saya berjaya melakukannya," katanya.

Winie ditemui selepas sidang media kejohanan berkenaan di ibu negara hari ini, dengan buat julung kalinya Malaysia tampil selaku penganjur acara berprestij tersebut.

Advertisement

Must Watch Video