Skip to main content

Sukan Lain

Wimbledon: Jannik Sinner mara ke separuh akhir grand slam sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_72965028.jpg
Jannik Sinner memenuhi peranan sebagai tarikan utama Wimbledon dengan menempah slot ke separuh akhir grand slam buat kali pertama dalam kerjayanya.

Pemain kelahiran Itali itu kelihatan jelas dalam poster rasmi bersama Carlos Alcaraz sebagai masa depan kejohanan.

Kehadirannya pada karya seni ilustrator Grant Gruenhaupt menimbulkan kemarahan bagaimanapun dia menepati kriteria itu selepas mara ke separuh akhir grand slam buat kali pertama dengan kemenangan hebat 6-4, 3-6, 6-2, 6-2 ke atas Roman Safiullin.
 

Dia berkata, “Apa yang harus saya katakan, ia amat bermakna bagi saya, kami mengusahakan banyak kerja dan banyak jam serta banyak pengorbanan untuk saat ini.

“Ia amat bermakna, ia adalah detik yang sangat baik untuk saya. Saya hanya mencuba yang terbaik setiap perlawanan, saya sangat gembira berada di separuh akhir.

“Dia adalah pemain yang sangat sukar untuk ditentang.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video