Skip to main content

Bola Keranjang

Warriors perlu menang segera -- Stephen Curry

stephencurry.jpg
The Golden State Warriors perlu menang 'segera' selepas tewas dalam dua perlawanan pertama saingan NBA musim ini, kata Stephen Curry.

Berikutan penghijrahan Kevin Durant dan siri masalah kecederaan Klay Thompson dan Curry, Warriors merekodkan 15-50 bagi musim 2019-20, rekod paling buruk dalam sejarah pasukan.

Thompson bakal terlepas dua musim berturut-turut ekoran kecederaan buku lali sementara Draymond Green masih tidak dapat diturunkan ekoran masalah tapak kaki.

The Warriors tewas kepada Skuad Brooklyn Nets yang dibarisi Durant dan tewas 138-99 kepada Milwaukee Bucks pada Hari Krismas.

Curry, yang mengatakan dia 'sentiasa' bearsakan tertekan untuk mara ke playoffs, memberikan amaran bahawa Golden State tidak boleh terus menyaksikan pasukannya gagal meraih kemenangan.

"Kami perlu menang, segera," kata Curry.

"Kami tidak memiliki rentak yang baik ketika menyerang. Kami memudahkan pasukan lawan -- kami telah memperbaiki kelemahan sebelum ini tetapi perlu terus melakukannya.

"Ketika bertahan, kami perlu memastikan usaha pasukan lawan melakukan percubaan mendapatkan tiga mata dapat diatasi dan mengelak daripada melakukan kekasaran.

"Jika segalanya dapat dilaksanakan dengan baik, kekal positif, sudah pasti kami akan kembali ke landasan yang betul."
 
 

Advertisement

Must Watch Video