Skip to main content

Sukan Lain

Wai Ching juara lagi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

waiching.jpg
Pelari menara kebangsaan, Soh Wai Ching, membuktikan peluang beraksi di laman sendiri digunakan sebaik mungkin untuk mengungguli secara keseluruhan dalam kategori lelaki elit Kejohanan The Sky Race Menara Merdeka 118, hari ini.

Selepas flag-off tepat jam 6.20 pagi dilancarkan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, Wai Ching hanya memerlukan 15 minit 37 saat untuk menakluk 118 tingkat serta 2845 anak tangga sebelum tiba di puncak.

Akui berpuas hati, namun tegasnya dia masih perlu bekerja keras sebagai persiapan menjelang kejohanan marathon kebangsaan di Menara Shanghai pada November depan bagi melunaskan misi merampas gelaran nombor satu dunia yang kini milik pelari jepun, Ryoji Watanabe.

"Sasaran saya hari ini nak capai masa bawah 16 minit dan harap cukup laju untuk menang sebab saya tidak tahu pesaing dari jarak sejauh ini.

 

"Ini merupakan larian menara tertinggi di dunia dan menara ini merupakan menara kedua tertinggi di dunia cuma pendakiannya tak setinggi di Shanghai.

"Tapi cukup panjang dan tidak setaraf dengan kekuatan saya. 

"Saya punya kekuatan 40 hingga 80 tingkat tapi di sini 118 tingkat, jadi kena buat persiapan secukupnya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video