Skip to main content

Sepak Takraw

VSL Grand Final: Klinik asas sepak takraw pupuk bakat si cilik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyelaras-klinik-vsl-grand-final-2025,-muhammad-adirul-kamal.jpg
Satu program klinik pengenalan asas sepak takraw telah dianjurkan di Putrajaya, hari ini, dengan objektif utama untuk mencungkil dan menggilap bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta menengah sempena penganjuran Kejohanan Varsity Sepaktakraw League (VSL) Grand Final 2025 di Dewan Komuniti Presint 11, Putrajaya, yang bermula esok hingga Sabtu ini. 

Program ini merupakan sebahagian daripada siri klinik pembangunan sukan sepak takraw yang meliputi empat zon utama di seluruh negara — zon selatan di UTEM, Melaka), zon timur di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu), zon utara di (TLDM Kumut) dan zon tengah (Putrajaya).

"Objektif utama kami adalah pembangunan bakat, mengenal pasti bakat dan memperkenalkan asas sepak takraw di peringkat umbi. 

"Anak-anak ini harus diberikan perhatian dalam pengurusan bakat, dibawa ke medan ilmu dan akhirnya menyerlah dalam alam kerjaya," kata penyelaras Klinik VSL Grand Final 2025, Muhammad Adirul Kamal.




Penganjuran klinik ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran asas sepak takraw secara praktikal serta memahami teknik dan strategi permainan dengan bimbingan jurulatih berpengalaman, malah mendapat memupuk minat dan kesedaran mengenai kepentingan sukan tradisional warisan negara.

Seramai 52 peserta telah mengambil bahagian dalam siri klinik zon tengah, melibatkan pelajar daripada beberapa sekolah sekitar Putrajaya, antaranya Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 dan Kolej Vokasional S epang.

"(Program) klinik ini teknik mengikut posisi dan kemahiran dalam sepak takraw. 

"Rata-rata pemain sudah ada asas permainan cuma kami akan memberi tunjuk ajar latihan yang bakal mereka jalani selepas ini," kata ketua jurulatih sepak takraw UPM, Mohd Hafizie Manap.

 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video