Skip to main content

Triatlon

Gandingan BASS, anak-anak warnai International Sunrise TriFest

BASS

Bekas Menteri Belia dan Sukan negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan pelakon, Bella Astillah, menyertai cabaran dalam International Sunrise TriFest 2026 di Desaru, Johor pada Ahad.

Berlangsung di Sand & Sandals Desaru Beach Resort, kejohanan itu menarik penyertaan kira-kira 1,000 atlet dari hampir 30 buah negara. Bagaimanapun, tumpuan lensa terarah kepada kehadiran pasangan BASS sepanjang festival sukan lasak tersebut.

Syed Saddiq yang turun bersaing dalam kategori mencabar 113 Triathlon buat tahun ketiga berturut-turut, berjaya menamatkan disiplin renangan 2.25km, kayuhan basikal 90km dan larian 21km dengan catatan masa membanggakan, 5 jam 30 minit 13 saat (5:30:13) untuk menduduki tempat kelima kategori lelaki 30-39 tahun.

Edisi kali ini membawa makna lebih besar apabila Bella tampil membuat debut rasminya di garisan permulaan selepas sekadar menjadi penyokong setia Syed Saddiq sebelum ini.

Turut memeriahkan suasana adalah anak-anak Bella, Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6, yang menyertai perlumbaan sekali gus menterjemahkan memori indah sukan bersama keluarga.

Bella beraksi dalam kategori Relay Terbuka Wanita Jarak Olimpik menerusi trio gandingan dinamakan "BAM" — singkatan kepada Bella, Affa dan Michie.

Bergabung tenaga bersama rakan karibnya, Datin Indera Dr. Sharifah Nur ‘Insyirah (Dr. Affa) serta atlet remaja elit Australia, Michaella Widjaya, gandingan mantap ini berjaya menaiki podium di tempat ketiga keseluruhan dengan catatan masa 3:20:59.

Bella menggalas cabaran dalam disiplin berbasikal dengan masa 1:50:06, manakala Dr. Affa mengendalikan sektor larian dan Michaella memulakan aksi menerusi acara renang.

Kehadiran Dr. Affa turut disokong padu oleh suaminya yang juga Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah, di tapak perlumbaan.

Dalam pada itu, Ayden yang kembali beraksi selepas membuat penampilan sulung tahun lalu, menamatkan cabaran di tempat kelapan kategori lelaki 10-12 tahun bagi acara Super Sprint Triathlon (renang 300m-basikal 10km-lari 2km) dengan catatan 1:08:59.

Adiknya, Ara, melakar debut manis dalam sukan dwi-disiplin selepas meraih tempat ketiga kategori perempuan bawah 7 tahun bagi acara KiTS Aquathlon (renang 50m-lari 500m) dengan masa 20:19.
 

Anda mungkin berminat dengan

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video