UPM B berjaya muncul juara sulung acara beregu kategori premier dengan aksi segit 2-1 ke atas pasukan UITM A dalam saingan dalam Grand Final Varsiti Sepaktakraw League (VSL) di Shah Alam, hari ini.

UiTM A bermula dengan agak baik bila mana ambil set pertama dengan 23-21.

Namun, UPM B tidak luntur semangat selepas itu untuk meningkatkan prestasi dan konsisten mengumpul mata demi mata, sekali gus menang set kedua dengan 21-16 dan heret perlawanan itu ke set penentuan.

Momemtum yang telah dibina oleh Syazwan Asri dan Badrie Azmi dari UPM B nampaknya tidak terhenti dalam set kedua, namun diteruskan lagi di set penentuan dengan mengambil peluang dan ruang daripada kesilapan mudah yang dilakukan lawan mereka iaitu Akmal Hakim dan Haziq Hisham dari UITM A dengan mata kemenangan yang berkesudahan dengan 21-13.