"Acara lain tidak terjejas.”
Itu keyakinan Timbalan Chef-de-Mission (CDM) ke Sukan Asia Indonesia 2018, Dr P. Vellapandian,terhadap desakan Malaysia untuk menyertai acara regu sepak takraw yang dibimbangi menjejaskan peluang atlet negara dalam acara sukan subjektif.
Isu tarik tali di antara Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Majlis Olimpik
Asia (OCA) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) menyukarkan usaha Malaysia.
Usaha itu sudah dilakukan sejak bulan lalu untuk menyertai acara regu lelaki, namun ia masih
gagal walaupun beberapa pegawai Malaysia sudah mengadakan perbincangan di Jakarta.
Apa yang dibimbangkan, adakah desakan itu akan memberi kesan terhadap atlet negara dalam
acara lain?
"Saya tidak berada dalam situasi sebenar untuk menjelaskannya tetapi saya pasti perkara ini tidak akan menjejaskan penglibatan atlet Malaysia dalam sukan lain. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa tiada masalah," katanya.
Malaysia mempunyai peluang sehingga Rabu ini untuk mendaftar dalam acara regu menerusi mesyuarat
pendaftaran kontinjen.
Jika gagal, peluang terakhir akan digunakan menerusi rayuan panel timbang tara yang dijangka
bersidang pada hari sama.
"Panel timbang tara adalah peluang terakhir. Saya serahkan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk CDM dan MOM selesaikan. Kami rasa sesuatu boleh diusahakan ketika ini," ujarnya lagi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kanan INASGOC, Harry Warganegara, menimbulkan persoalan dengan mendakwa Malaysia gagal menepati urusan pendaftaran fasa pertama dengan pihaknya.
Hal itu bertambah rumit apabila mereka terpaksa melanjutkan isu tersebut ke peringkat tertinggi membabitkan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang mungkin akan menerima kesan susulan kepada pasukan lain.
"Kami menjelaskan segala-galanya, bermula daripada bagaimana perkara ini berlaku.
"Pada mulanya, Malaysia melakukan pendaftaran secara atas talian, jadi ia jelas. Isu wujud apabila ia dilakukan secara di luar talian dan kami tidak tahu mengenai perkara itu," katanya.
Harry juga menegaskan bahawa pihak INASGOC sendiri sudah mengemukakan segala kronologi yang menyumbang kepada isu tersebut dan keputusan lain terarah kepada OCA dan ASTAF untuk diselesaikan.
"Ia sangat mengelirukan kerana anda melakukan pendaftaran untuk regu berpasukan dan doubles berpasukan. Kami meminta pengesahan daripada MOM sebelum undian tetapi hanya menerima maklum balas selepas undian dilakukan," katanya.