Wayde van Niekerk meluahkan rasa kecewa selepas Ramil Guliyev menafikan kejuaraan berganda buatnya dalam acara 200 meter Kejohanan Dunia IAAF.
Van Niekerk terpaksa menelan khabar angin mengatakan terdapat teori konspirasi sejak kemenangannya dalam acara 400 meter, Selasa lalu, apabila Isaac Makwala -- pencabar utama Niekerk -- tidak dibenarkan bertanding.
Dua hari selepas Makwala dihalang memasuki Stadium London selepas dia diletakkan di bawah kuarantin susulan wabak norovirus, pelari pecut Botswana itu menamatkan larian 200m di tempat keenam dengan emas menjadi milik Guliyev.
Van Niekerk terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada malam penuh emosi buat dirinya kerana gagal menyamai pencapaian berganda dilakukan Michael Johnson pada 1995 tatkala Guliyev meraih emas pertama buat Turki dalam arena Kejohanan Dunia.
Van Niekerk, yang tidak berpuas hati dengan layanan diberikan terhadapnya selepas menjuarai 400 meter, Selasa lalu, berkata: "Saya bekerja keras seperti pencabar lain dan saya menghormati orang lain tetapi selepas memenangi acara 400m, saya tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya."