Jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, bangga dengan semangat juang anak buahnya selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 untuk meraih kemenangan sulung dalam separuh akhir Liga Dunia, awal pagi tadi.
Kemenangan itu meletakkan The Speedy Tigers sebelah kaki dalam kelompok lapan pasukan terbaik.
Tiada yang lebih membanggakan apabila melihat pemain berjuang bermati-matian di Stadium Hoki Lee Valley, London.
Walaupun dikritik selepas tewas dua perlawanan awal, pemain tetap berjuang membuktikan Malaysia memiliki kualiti untuk layak ke Piala Dunia 2018.
"Pujian harus diberikan kepada pemain," kata Van Huizen. "Walaupun kadang-kala ada pemain yang terpaksa dikeluarkan ekoran layangan kad, mereka bekerja keras, terutama ketika bertahan dalam situasi pukulan sudut."
Kapten hoki Korea, Jung Man-jae, mengakui kekalahan itu sukar diterima pasukannya.
"Cukup mengecewakan apabila tewas seperti ini. Kami sudah melancarkan banyak serangan, namun pertahanan Malaysia beraksi baik. Tapi, kami masih berpeluang layak dan akan cuba menggunakan peluang itu," jelasnya.
Pertahanan negara, Muhamamd Razie Abd Rahim, muncul wira apabila menjaringkan satu-satunya pukulan sudut penalti negara pada minit ke-35.
Selepas itu, Korea melancarkan asakan bertubi-tubi dengan tujuh percubaan pukulan sudut penalti gagal disempurnakan pemain pakar mereka, Jang Jong Hyun.
Pujian harus dilontarkan kepada penjaga gol negara, S. Kumar, yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.
Pemain pertahanan negara, Faiz Helmi, turut berkongsi persetujuan sama.
"Kami agak gemuruh tetapi jurulatih telah memberikan penekanan dalam cara menghadapi pukulan sudut penalti mereka. Penjaga gol kami, S. Kumar, beraksi dengan cukup terbaik," ujarnya.
Bagaimanapun, Malaysia belum boleh berpuas hati kerana perlu mengatasi China, untuk melengkapkan jadual Kumpulan A.
Sementara itu, pemain tengah hoki negara, Meor Azuan Hassan, mengakui permainan mereka kurang baik, namun keazaman pemain berjaya menghadirkan kemenangan.
"Walaupun aksi kami kurang baik, keazaman pemain membuatkan pasukan ini berjaya mencetuskan kemenangan ini," katanya.