Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan terus berusaha bagi melahirkan jurulatih tempatan yang berkualiti, sekali gus mengurangkan kebergantungan khidmat jurulatih luar negara yang membabitkan perbelanjaan besar.
Setiausaha Tetap KBSS, Mohd Yusrie Abdullah, berkata, kebergantungan kepada jurulatih luar negara untuk jangka masa panjang sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada negeri berkenaan.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita melahirkan jurulatih-jurulatih tempatan yang berkelas dunia.
“Pada masa kini, jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman amatlah diperlukan dalam mengendalikan pelbagai program latihan di setiap peringkat, terutama sekali di peringkat sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penutupan Kursus Sains Sukan Tahap II, Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2019 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu, hari ini.
Tambahnya kursus yang diadakan itu juga amat penting serta menjadi satu platform terbaik untuk memartabatkan kecemerlangan sukan di negara ini kerana ia amat berguna untuk melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan.
“Melalui kursus ini juga, akan memberi pendedahan bagaimana ilmu sains sukan itu dapat memaju dan meningkatkan lagi prestasi serta pencapaian sukan negara.
“Saya dimaklumkan bahawa penganjuran kursus kali ini disertai seramai 41 peserta dari seluruh negeri Sabah yang terdiri daripada tujuh guru sekolah, 27 peserta dari pelbagai bidang, enam jurulatih lantikan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan Pelapis serta seorang Jurulatih Istimewa (OKU).
“Saya berasa sukacita kerana penyertaan sebegini ramai menunjukkan petanda baik pada industri sukan kita yang semakin berkembang dari masa ke semasa, seiring dengan perkembangan pesat dunia sukan pada masa kini,” katanya.
Terdahulu, kursus enam hari di bawah kendalian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) itu dianjurkan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah.