Skuad bola keranjang wanita negara meneruskan dominasi dalam aksi jemputan antarabangsa Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) selepas mencatat kemenangan kedua, malam tadi.
Mangsa terkini skuad wanita negara adalah pasukan Universiti Fo Guang, Taiwan yang terkenal dengan aksi serangan balas pantas.
Aset lawan hampir menjerat Malaysia pada dua suku pertama sebelum pemain tonggak meningkatkan intensiti pemain.
Antaranya, kapten pasukan, Izzati Yaakob, yang merekodkan lapan mata, dua rebound dan empat bantuan jaringan.
Paling menyinar Hui Pin Pang yang menyumbang 12 mata, 10 rebound dan 6 bantuan jaringan.
Statistik ini berupaya membantu Malaysia daripada permulaan sukar set pertama 16-15 untuk akhirnya menang 75-52.
"Selepas memenangi perlawanan pertama, pemain sudah lebih yakin untuk menang di laman sendiri. Saya sudah menjelaskan kepada mereka bahawa penting untuk menang setiap permainan, terutama dalam Sukan SEA," ujar Sze Yuin, selaku jurulatih skuad bola keranjang wanita negara.
Selepas dua aksi, Sze Yuin juga berasakan suasana di Stadium MABA dengan kehadiran penyokong serta beraksi dengan kehadiran krew siaran langsung ibarat simulasi situasi sebenar Sukan SEA nanti.
"Kebanyakan penonton adalah kenalan mereka, jadi ia agak memberi tekanan kepada pemain yang mahu memberikan aksi terbaik. Ini adalah latihan terbaik untuk mereka beraksi di laman sendiri dalam Sukan SEA nanti," tambah Sze Yuin.
Sementara itu, skuad lelaki negara memulakan saingan dengan langkah kanan meskipun bergelut menentang wakil Taiwan, Normal University.
Aspek pertahanan rapuh skuad negara hampir mengundang padah meskipun selesa mendahului suku pertama 22-12.
Kehadiran pemain berstatus veteran, Chee Lee Wei dan Soo Eng Heng, tidak menawarkan banyak impak.
Mujur pemain tonggak, Kuek Tian Yyan, muncul wira memastikan kemenangan 79-70 Malaysia dengan menjaringkan 30 mata dan merekodkan empat rebound.
Meskipun berpuas hati dengan statistik sendiri, Tian Yuan menegaskan dia dan rakan sepasukan perlu segera memperbaiki strategi bertahan menjelang äksi kedua menentang Universiti Sains dan Teknologi Chung Chou.
"Pertahanan kami perlu diperbaiki kerana suku pertama dan kami mendahului dengan 10 mata tetapi jurang itu semakin rapat memasuki suku ketiga dan keempat. Jadi, saya berharap kami mampu memperbaikinya," ujar Tian Yuan.