Seorang bekas atlet paralimpik sukan angkat berat paralimpik Kelantan yang gagal mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) meraih perhatian ramai selepas tular di media sosial.
Video itu dikongsi semula menerusi akaun TikTok ERA, menunjukkan bekas atlet paralimpik, Muhammad Hafidz Abdul Rahman yang berjalan keluar dari bank bersama anaknya.
Difahamkan, Muhammad Hafidz dan isterinya, Nurul Izzaifah Daud merupakan bekas atlet paralimpik Kelantan yang aktif suatu ketika dahulu sebelum bersara.
Kini pasangan tersebut bekerja keras untuk menyara keluarga dan membesarkan dua anak mereka yang normal.
Dalam perbualan bersama penyampai radio ERA, Hafidz berkongsi dia baru sahaja keluar dari bank namun tidak dapat mengeluarkan duit serta berkongsi mengalami kerosakan pada kenderaan yang dinaiki.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang bukan sahaja meluahkan rasa simpati, malah mengagumi ketabahan dan semangat Muhammad Hafidz yang tetap gigih berusaha meskipun berdepan kekangan fizikal.

@era.je Tular video kisah cekal bekas atlet paralimpik Kelantan, Muhammad Hafidz & isterinya Nurul Izzaifah yang tetap gigih besarkan anak walau serba kekurangan. Geng 3 Pagi ERA nak bantu dan berusaha untuk dapatkan motor baru buat keluarga ini supaya lebih selesa dan selamat berniaga. ? #sharERA #3PAGIERA #fyp ♬ original sound - ERA