Team Sapura Cycling (TSC) menyambut baik keputusan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mengurangkan yuran pendaftaran ke atas pasukan bertaraf benua yang ingin bertanding sepanjang musim ini.
Yuran pendaftaran yang terlampau tinggi berjumlah RM30,000 menimbulkan persoalan buat TSC kerana ia jauh berbeza berbanding negara lain seperti Indonesia atau Thailand.
Kegagalan menjelaskan yuran itu bakal menyaksikan TSC tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Pengurus pasukan TSC, Sayuti Zahit, menjelaskan PKBM bersetuju untuk mengurangkan kadar berkenaan kepada RM15,000 selepas mengadakan pertemuan di Melaka, semalam.
Malaysia mempunyai tiga pasukan bertaraf benua, iaitu Terengganu Cycling Team (TSG), TSC serta Forca Amskin Racing (FAR).
"Kami telah mencapai persetujuan dalam pengurangan yuran pendaftaran dan kami akan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Sayuti menjelaskan persiapan pasukan itu tidak terjejas di sebalik keraguan terhadap saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang masih belum diumumkan penganjurnya.
"Kami meneruskan perancangan sebagai persiapan untuk menghadapi musim 2019 dengan Australia menjadi destinasi pertama pelumba untuk menyertai Jelajah Melbourne," katanya.