Selepas menawan Asia, Team Sapura Cycling (TSC) memasang impian lebih besar untuk cuba menerokai saingan di benua Eropah pula selepas ini.
Percaturan TSC memanggil pelumba import seperti Benjamin Dyball, Marcus Culley dan Christian Raleniu membuahkan hasil dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 apabila berjaya meraih jersi kuning pelumba terbaik keseluruhan serta tempat kedua bagi pasukan terbaik.
Pelumba tempatan seperti Mohd Zawawi Azman dan Nur Aiman Zhariff juga mempamerkan persembahan terbaik apabila masing-masing berada di tangga keempat dan kesembilan dalam kategori pelumba terbaik Asia.
Dengan kedudukan mereka kini di puncak ranking Jelajah Asia, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), TSC berhasrat untuk cuba menyertai beberapa saingan utama di Eropah bagi memantapkan lagi struktur pasukan.
"Kami dari tahun pertama dan kedua telah beraksi di Eropah, cuma meraih pengalaman. Selepas ini, kami mungkin berada di sana selama enam bulan untuk menyesuaikan diri lagi dengan perlumbaan di sana," kata pengurus TSC, Mohd Sayuti Zahid.
Di kem Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh, berjaya mengetepikan stigma “jaguh kampung” setelah memperoleh keputusan positif dalam saingan LTdL 2019 dengan muncul juara peringkat kedua serta tempat ketiga dalam peringkat keenam.
Apatah lagi dia juga berada di kedudukan ketiga dalam perebutan jersi hijau raja pecut selepas Matteo Pelucchi dan Travis Maccabe.
Paling mengujakan, dia juga mampu mengetepikan hasrat “Mr Langkawi”, Andrea Guardini, daripada pasukan Bardiani CSF yang pulang tanpa memenangi sebarang kejayaan untuk LTdL musim ini.
"Sebelum ini, orang melabel saya sebagai jaguh kampung tetapi saya telah membuktikan mampu memberikan cabaran kepada pelumba antarabangsa," kata Mohd Harrif.