Team Sapura Cycling (TSC) akan meneruskan program latihan di Eropah dalam mempersiapkan pelumbanya, Mohammad Zawawi Azman, untuk menghadapi Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.
Zawawi serta Nur Aiman Zariff merupakan dua pelumba TSC yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam Sukan Asia.
Begitupun, tumpuan lebih diberikan kepada Zawawi dengan dia menyertai saingan lebuh raya lepas beramai-ramai manakala Aiman terbabit dalam dua kategori saingan trek.
Menurut pengurus TSC, Sayuti Zahit, pasukan berstatus pro benua ini akan kembali ke Eropah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini.
Perlumbaan di Poland antara yang berada dalam perancangan di samping latihan di beberapa negara Eropah Timur dalam menyesuaikan rentak kayuhan sebelum Zawawi ke Sukan Asia.
"Kami akan berlumba di Poland dan negara Eropah Timur sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia," kata Sayuti.
Sementara itu, Sayuti mengesahkan pasukannya telah menerima wang kemenangan daripada penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.
Bagaimanapun, TSC masih lagi menanti jawapan daripada penganjur Jelajah Malaysia 2017 yang masih belum melunaskan pembayaran mereka kepada pasukan berkenaan.
"Kami telah mendapat wang hadiah LTdL dan ia merupakan paling awal pernah diterima dan kini kami sedang menunggu berita daripada penganjur Jelajah Malaysia untuk melunaskan janji mereka."